Update Bomoh vs Hantu (1.0.1) dan…

Update game Bomoh vs Hantu untuk Android (version 1.0.1) sudah disiapkan pada hari Ahad lepas. Kami sudah membuang iklan banner di bahagian bawah skrin yang kelihatan besar – mengganggu gameplay (untuk sesetengah model telefon) dan diganti dengan iklan POP-UP YANG AKAN KELUAR PADA SETIAP KALI GAME OVER.

Nasihat kami – pada setiap kali game over, tunggu sebentar dan biarkan iklan keluar dahulu. Tutup iklan (atau boleh klik jika berminat dengan tawaran yang dipaparkan) dan boleh sambung semula permainan.

Continue reading

Terperangkap di drive-thru…

Terjumpa muzik video animasi hasil karya Al Yankovic ni di Youtube. Rasa menarik untuk dikongsikan di sini. Sebuah lagu karya asal R Kelly (agaknyalah…) yang telah diparodikan dengan sempoinya. Sangat kreatif dan lari daripada kebiasaan. Selamat menonton sambil makan burger! 😉

Nota: Al Yankovic adalah artis pelik yang terkenal dengan karya parody muzik sejak zaman awal 80an lagi. Ramai artis terkenal yang pernah menjadi mangsanya. Untuk maklumat lanjut berkenaan beliau, boleh baca di Wikipedia ataupun bertanya sendiri dengan pakcik Google.

“Raya tahun ni abang takde buat sampul duit raya ke?”

Setiap kali bulan puasa, pasti ramai yang akan bertanyakan saya – “Abang Ubi takde buat sampul duit raya ke?”

Oleh kerana tiada maka terpaksalah saya katakan tiada… ataupun cuba buat purak-purak pengsan (macam Haji Bakhil tu)

(Trick klasik terunggul untuk menyelamatkan diri. Sila banyakkan latihan sebelum mencuba)

Namun pada tahun ini saya tak perlu lagi berlakon aksi lagak ngeri sebegitu lagi…

Jeng! jeng! jeng! *diiringi bunyi dram*

Continue reading

Atas permintaan ramai, ia datang lagi!

Salam Ramadan buat semua pembaca yang dihormati sekalian,

Ramadan 1434 Hijrah datang lagi mengikut fitrahnya.

Sebagai umat Islam yang telah diijazahkan dengan Rukun Islam, pastinya kita sudah cukup bersedia untuk menghadapi rukun yang ketiga ini. Walau apa jua keadaan sekalipun, samada bersedia ataupun tidak, Ramadan tetap akan datang dan disambut seadanya.

Alhamdulillah, kerja saya tidak berat… hanya duduk di kerusi dan melukis di bawah penghawa dingin yang sejuk. Seharusnya saya tidak mempunyai alasan untuk ponteng berpuasa. Jika mereka yang kerja kontrak bina-binaan di tengah panas terik boleh selamba berpuasa penuh, kenapa tidak saya?

 Bersambung kepada cerita kerja semula. Walaupun ada masa tidak berapa sihat kebelakangan ini, alhamdulillah (sekali lagi) saya masih diberi kudrat untuk meneruskan perjuangan. Pelan-pelan kayuh pun sampai jugak kan? 😉

Bulan puasa selalunya saya akan sedikit sibuk. Selalunya ramai tokey-tokey besar akan meminta saya melukis untuk kempen pengiklanan raya mereka. Namun pada tahun ini saya memutuskan untuk berehat sahaja dan hanya akan memilih projek yang betul-betul berbaloi. Yang penting saya akan cuba elakkan stress sejauh yang mungkin.

Dalam masa yang banyak terluang ini, pastinya lagi best kalau tido perlu diisi dengan perkara yang bermanfaat…

Continue reading

Kartun Hari Jumaat III

Lihat pada isi bukan pada kulitnya.

Lihat pada ilmu yang hendak disampaikan, bukan pada covergirlnya yang seksi tak sudah tu!

Jika mendengar sesuatu yang tidak disukai, jangan cepat melenting atau sensitif. Fahami, kaji dan usul dahulu segalanya. Mungkin banyak yang tidak difahami dapat dimengertikan.

Bukan semua yang tersurat cantik dan indah itu bagus untuk diri.

Dan tak semua yang nampak jelek dan pahit itu racun.

😉

Continue reading