Kontrol Macho dalam English pulak…

Jika sebelum ini anda dimuntahkan dengan cerita berlagak saya dalam akhbar Berita Harian dan rancangan Malaysia Hari Ini, kali ini saya ingin menghijaukan lagi muntah anda dengan sebuah lagi berita riyak lagi takabur mengenai saya di dalam media.

Kali ini adalah temuramah untuk suratkhabar News Straits Times untuk kolum Life & Times yang memaparkan cerita atau berita berkenaan teknologi pada setiap hari Isnin dan telah diterbitkan pada 27 September tahun lepas.

Tahun lepas?! Kenapa baru nak ditulis sekarang?

Ya, memang saya sengaja memeram berita riyak basi ini supaya cerita tentang kehebatan saya akan sentiasa kekal sepanjang masa walaupun dah lama tak masuk mana-mana media. Selain itu ia juga sebagai melengkapkan bukti mengenai saya yang malas menulis dan mengupdate blog dengan memberi pelbagai alasan yang remeh-temeh.

Buat mereka yang membaca tapi tak faham kerana tak belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, syabas diucapkan kerana masih lagi faham serta fasih berbahasa Melayu. Anda boleh gunakan khidmat brader Google Translate atau minta tolong kengkawan atau saudara mara yang kononnya hebat kerana menyanjung PPSMI itu.

Dan jika mereka juga tidak dapat membantu, sila hantukkan kepala mereka di dinding secukup rasa. Anda juga digalakkan untuk mengguna buku Yellow Pages atau apa-apa buku panduan telefon yang tebal untuk hantukan sekiranya tidak mahu ada kesan kecederaan supaya menyukarkan mereka untuk membuat pendakwaan kelak. 😈

Ucapan terima kasih diucapkan buat Cik Puan Rozana Sani kerana sudi menemuramah saya dan menulis artikel ini. Jika ada jodoh, janganlah segan silu untuk menemuramah saya lagi di masa akan datang.  😉

Akhir kata, semoga kita semua tidak akan terlampau taksub dengan cerita saya atau mana-mana member kampung yang dapat masuk suratkhabar. Tiada apa pun yang istimewa sebenarnya… hanya dapat berlagak sehari dan dilupakan orang pada keesokan harinya…

Yang pasti, cerita dan gambar anda akan berakhir sebagai kertas pembungkus nasi lemak atau lapik lantai ketika makan tengahari!

============================================================

Singing A New Toon

News Straits Times, 27 September 2010
By Rozana Sani

Popular cartoonist Raja Ahmad Kamil Raja Mokhtar, a.k.a. Ubi, left the print media at the peak of his career, but he’s come full circle by going digital, writes ROZANA SANI

Continue reading

Kontrol Macho kat Berita Harian pulak!

Salam 1 pagi ya kawan-kawan semua! (bestlah korang yang tengah membuta sekarang ni!)

Maaf kerana sudah lama tak mengupdate blog. Rasa-rasanya dah beratus kali saya memohon ampun atas alasan ini. Andai kata kesalahan sebegini memungkinkan saya dipenjara, pasti warden penjara tersebut bakal menjadi member kamceng saya kerana kekerapan saya selalu keluar masuk ke institusi tersebut! (harap-harapnya warden tersebut ada adik yang masih single dan seiras dengan Lisa Surihani…)

Sebenarnya saya dalam keadaan yang sangat tidak terurus sekali sekarang ini kerana banyak tugasan yang perlu dilaksanakan. Kadang-kadang sehingga terpaksa mengorbankan masa tidur dan deting yang berharga itu.

Pernah terjadi satu adegan panas di mana saya terlupa menjemur baju dan meninggalkan mereka keseorangan di dalam mesin basuh selepas 2 hari dibasuh. Di saat tersedar, terus terfikir alangkah indahnya hidup ini sekiranya ada ‘pembantu’ yang boleh meringankan beban saya melaksanakan kerja-kerja remeh tersebut.

Mungkin dengan kehadiran ‘pembantu’ tersebut yang pastinya seiras Lisa Surihani membolehkan saya untuk berkarya dan bekerja dengan lebih gigih lagi . Yang nyata, saya pasti akan tidur lebih awal setiap malam dan akan bangun tersenyum riang setiap pagi! Oh… 😉

Sebelum terlajak kata dan tersesat lebih jauh lagi, baiklah kita kembali semula ke pangkal jalan. Berbalik pada cerita asal, berikut adalah transkrip daripada sesi temuramah saya untuk Berita Harian yang diterbitkan pada awal Februari lalu.

Sengaja saya tempekkan temuramah ni untuk tatapan anda semua. Selain untuk memberi peluang kepada mereka yang terlepas membacanya, ia juga bertindak sebagai kesinambungan aksi riak saya lepas masuk MHI hari tu. 😈

Akhir kata, ucapan terima kasih buat Cik Diyanah Anuar kerana sudi menemuramah saya dan menulis artikel ini. Jika ada jodoh, janganlah segan silu untuk menemuramah saya lagi di masa akan datang. Semoga dengan lebih banyak temuramah  yang tersiar, maka semakin banyak lagi peluang saya untuk lebih riak lagi di masa depan!

Selamat membaca dan mengeja! Tata!! (sambil tangan melambai ayu…) 😀

Continue reading

Nak kasi HADIAH apa ni?!!

Salam buat semua pengunjung dan pembaca,

Apa khabar? Mungkin ramai antara anda yg sibuk (dan menyibuk) menghabiskan cuti sekolah yang indah ni dengan berjalan-jalan dengan keluarga tersayang. Mungkin juga antara anda yang menghadiri beberapa aktiviti berfaedah bersama rakan taulan. Pada mereka yang takde apa-apa aktiviti berfaedah dan hanya makan tidur serta membuang masa  emas menonton tv di rumah, takziah saya ucapkan!

Sekiranya anda masih ingat (ataupun tak pernah tau pun), beberapa bulan yg lalu saya ada menganjurkan satu Peraduan Tikam-Tikam Aku Dia & Volkswagen. Walaupun hadiahnya tak seberapa, sambutan daripada anda semua amatlah menggalakkan. Hampir 500 penyertaan diterima di ruangan komen. Terima kasih atas sambutan dan sokongan anda! Gua caya lu! 😛

Namun sebaik saja peraduan tersebut tamat, banyak email dan komen di blog yg meminta saya supaya menganjurkan lebih banyak lagi peraduan di masa akan datang. Ini kerana ramai yg tak puas hati kerana tak menang dan ada juga yg terlepas peluang menghantar penyertaan.

Kebanyakan mereka ingin repeat kerana nak menang hadiah istimewa daripada saya…

Ada pula yg mengimpikan kemenangan kerana inginkan glamour supaya dipandang tinggi oleh awek-awek, rakan taulan dan masyarakat setempat…

Sekiranya anda antara mereka yg berminat untuk menyertai peraduan anjuran saya (walau apa jua sebab dan agenda), saya ada satu BERITA BAIK dan BERITA BURUK untuk anda…

Continue reading

Selamat Tinggal Aku Dia & Volkswagen…

Salam buat semua pembaca dan pengunjung setia blog ini…

Maaf kerana sudah lama tak menulis. Banyak sebenarnya yg hendak diceritakan. Cuma saya terlampau sibuk untuk mengarang ayat-ayat power untuk anda kerana terbang ke serata Semenanjung untuk menjayakan workshop Mobile Content Challenge 2009 anjuran bersama Maxis Communications Berhad, Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan (MICC) serta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).

Masih ada 2 lagi workshop yg menanti di Sabah dan Sarawak pada 10 dan 12 Ogos ini. Sementara itu, adalah sedikit masa senggang untuk saya menyiapkan beberapa kerja yg terbengkalai dan menulis cerita-cerita tertangguh di sini.

Apa kata kita mulakan cerita tertangguh ni dengan mengenang kembali perjalanan jualan mug Edisi Terhad Aku Dia & Volkswagen yg berlangsung sekitar awal Jun yg lalu…

Pada pagi Ahad 21 Jun yg lalu, secara rasminya saya telah meletakkan jawatan sebagai Saudagar Mug separuh masa….

Ini adalah kerana kesemua 300 set mug Edisi Terhad Aku Dia & Volkswagen telahpun habis dipinang orang :cool:. Alhamdulillah, sambutan yg diberi adalah amat menggalakkan. Kepada mereka yg telah sudi menyengkekkan diri semata-mata untuk membeli mug tersebut, ribuan terima kasih diucapkan atas sokongan anda. Saya percaya anda pasti akan berpuas hati dan gembira dengan produk tersebut. Gua caya lu beb!! 😀

Sebenarnya ini adalah kali pertama saya cuba menjual produk kartun sendiri melalui internet. Walaupun sebelum ini saya pernah menjual Kad Raya Kartun Digital, namun pengalaman menjual produk fizikal adalah jauh berbeza dengan produk digital..

Banyak perkara yg saya pelajari dan perolehi sepanjang dua minggu bergelar Saudagar Mug separuh masa di internet ni. Tak kurang juga pengalaman berdepan dengan beberapa masalah yg tidak pernah dijangka sebelum ini…

Continue reading

Masalah Nak Order Mug AD&V?

Saya menerima banyak email yg menangis-nangis, meronta-ronta dan menghempas badan menyatakan bahawa mereka mempunyai masalah untuk membuka borang order mug di web jualan Mug Edisi Terhad Aku Dia & Volkswagen

$#@%&!!! 😡

Kenapalah masalah ni boleh jadi di waktu kritikal camni?!

Saya sudah pun menghubungi pihak hosting dan mereka pun sedang cuba sedaya upaya untuk menyetelkan masalah ini…

Tapi kita tak boleh tunggu je kan?

Sementara tu, pada mereka yg bermasalah nak bukak laman web jualan tu dan dah tak sabar serta takut terlepas peluang memiliki mug tersebut bolehlah gunakan laman web jualan back upnya di sini >>>

Itu saja yg dapat saya bantu anda buat masa ni. Sebarang berita terbaru akan diupdatekan secepat yg mungkin.

Untuk makluman, stok yg tinggal hanya 40 lebih sahaja buat masa ini… jangan terlepas yek! 😉

Akhir kata, Selamat Bershopping dan minum air dengan bergaya! 😎

Bermulanya Aku Dia & Volkswagen…

Saya masih ingat saat pertama saya melukis siri Aku Dia & Volkswagen ni…

Masa tu jam sudah menunjukkan hampir pukul 3 pagi. Kepala otak sedikit tensen kerana tak dapat menyiapkan drama Budak Hostel pada dateline baru-baru ni. Untuk pengetahuan, saya sudahpun terlepas dua dateline sebelum ini. Ini adalah kali ketiga saya terlepas dateline dan bakal kali ketiga jugaklah kartun saya takkan ada dalam keluaran terbaru Majalah Ujang yg akan datang!

Sebenarnya saya sudah TERSANGAT BOSAN dan TERTEKAN untuk meneruskan cerita tersebut. Otak saya seolah-olah terasa macam mau pecah aje setiap kali cuba mencari idea.

$#@%&!!! 😡

Saya juga telah beberapa kali dipanggil berjumpa Gayour kerana masalah ini…

Continue reading

Tunda Dating ke Hari Isnin Minggu Depan!

Pada post yg lalu, saya telah berjanji manis dengan anda untuk ‘minum’ bersama karakter kartun Zurina dan Ubi dari komik Aku Dia & Volkswagen pada hari ni tepat jam 7.30 pagi waktu Malaysia.

Namun janji hanya tinggal janji…

Mungkin ramai yg akan menuduh (samada di mulut atau di hati) bahawasanya saya ini hanya pandai memungkiri janji…

Kepada pembaca dan penuduh-penuduh yg dihormati sekalian…

Pertama-tamanya ribuan ampun dan maaf kerana terpaksa menunda pelancaran Mug Edisi Terhad Zurina dan Ubi Aku Dia & Volkswagen

Bukan sengaja ingin mengecewa dan membuat anda ternanti-nanti…

Terdapat beberapa kerja dan masalah teknikal yg perlu saya hadapi buat masa ini.

Saya juga sedang bertungkus-lumus menyiapkan BONUS istimewa buat pembeli-pembeli mug Edisi TERHAD ni.

Untuk mengurangkan kekecewaan anda, saya ada sediakan beberapa gambar terbaru sample mug tersebut yg telah disiapkan…

Continue reading