HakCipta @ Copyright – Pengenalan

BAHAGIAN 1 DARIPADA 4 – APA ITU HAKCIPTA?

Ketika di tingkatan 4, Eddy member kamceng saya mencadangkan supaya kami bekerjasama membuat satu siri komik.  Projek usahasama ini melibatkan saya sebagai pelukis dan beliau pula sebagai penulis.

Walaupun tahu keupayaan menulis dan mengarangnya yg tak seberapa tu, saya tertarik untuk mendengar lebih lanjut kerana agenda udang di sebalik batunya.

“Awek-awek suka dan minat dengan lelaki seni ni… contohnya yg pandai main muzik, menyanyi, berlakon, menulis dan melukis…”

“Tak caya ko tengok Awie tu… muka bukan hensem sangat tapi Miss Malaysia cam Erra Fazira tu pun nak kat dia!”, sambungnya lagi yg bercakap sambil mengangkat sebelah kening ala-ala Awie di dalam Sembilu.

“Betul!”, angguk saya sambil di dalam hati mengutuk gaya Awienya yg tak menjadi langsung tu.

“So kau rasa bagaimana? Projek ni nak proceed or not?”, Eddy semakin galak melakonkan gaya Awie tak menjadinya itu. Entah camana Bahasa Melayunya itu boleh tiba-tiba dimulakan dengan ‘so’ dan berakhir dengan ‘not’.

Saya berminat jugak dengan cadangannya. Mungkin inilah peluang untuk kami yg baru akil baligh tetapi tak pernah berdating ni, memperdayakan awek-awek cun di sekolah.

😈

Tetapi bila teringatkan guru Bahasa Melayu Puan Shamsinar yg selalu mencampak buku latihan karangan Eddy ke lantai kerana terlampau banyak kesalahan ejaan dan tatabahasa, saya hampir-hampir menolak cadangannya.

Namun atas dasar mengenang jasa baik sahabat yg selalu membiayai makanan masa rehat saya, secara automatik saya termengangguk setuju.

Sebulan kemudian, Eddy dengan tersengih-sengih menghulurkan senaskah manuskrip setebal dua buku panduan telefon.

Saya membelek-belek dan membaca hasil karyanya yg sarat dengan kesalahan ejaan dan tatabahasa itu.

Watak utama komik itu adalah seorang remaja yg gagah, bertubuh sasa dan mempunyai senjata berupa sarung tangan tembaga yg bisa mengeluarkan api dari neraka. Hero komik yg digambarkan 98% menyerupai wajah dan perwatakan Eddy (dia cakap tu hanya kebetulan…) juga handal menunggang motosikal Harley Davidson yg boleh terbang pabila sang hero mengaktifkan kuasa sarung tangan berapinya itu.

Seorang perempuan yg digambarkan menyerupai 100% Puan Shamsinar dan memakai kaca lutsinar berupa balang ikan berisi air di kepala adalah watak ketua penjahat di dalam komik tersebut.

Manuskrip komik yg diberi tajuk “Satria Chopper” itu dibawa pulang ke rumah. Mungkin kerana ‘kagum’ dengan bakat penulisannya, entah camana manuskrip sulong Eddy itu boleh terhilang ketika dalam simpanan saya.

Setiap hari selepas saja membelanja saya nasik lemak di waktu rehat, Eddy akan bertanya perkembangan projek komik “Satria Chopper” tersebut.

“Cepat siap, cepatlah boleh ada kat pasaran. Bila komik tu dah terkenal, mesti ramai awek-awek cun kat sekolah ni tau kehebatan aku menulis…”,  katanya seolah-olah terlupa bahawa saya juga bakal menyumbang bakat melukis saya di dalam komik tersebut.

“Err… memang aku dah nak start lukis… tapi sebelum tu kita kena daftar HAKCIPTA dulu.”, dalam gabra saya mengelentong secara spontan.

“Proses nak dapat COPYRIGHT ni bukan senang… kena tunjuk lawyer, pastu ada banyak lagi level prosedur… tu belum masuk bab tulis paperwork!”, sambung kelentong saya dengan penuh yakin. Saya terkagum juga bagaimana budak 16 tahun seperti saya boleh terfikir ayat-ayat power camtu dalam pengelentongan.

Eddy percaya alasan saya 100%. Pengelentongan itu berterusan sehingga habis sekolah dan terbongkar hanya selepas Eddy melanjutkan pengajian undang-undangnya di UIA!

Heh… Kalaule Eddy tau saya kelentong dia masa tu, mungkin saya tak sempat hidup nak tengok Sembilu II dan Hetty Sarlene dalam Sembilu versi drama kat TV!!

😀

Tamat cerita flashback.

Itulah cerita yg berlaku di suatu zaman jahiliyah di dalam hidup saya…

Dapatler dirumuskan betapa ceteknya pengetahuan masyarakat kita tentang perkara yg dipanggil HAKCIPTA ni.

Setelah lebih 10 tahun bergelumang secara profesional dalam industri kreatif ni, saya sedikit sebanyak faham tentang apa itu HAKCIPTA @ COPYRIGHT.

Untuk pengetahuan, HAKCIPTA atau dalam bahasa omputihnya COPYRIGHT adalah HAK EKSKLUSIF pengarang/pencipta bahan-bahan asal yg terdiri daripada karya Penulisan, Sastera, Muzik, Lukisan, Gambar, Grafik, Filem, Rakaman Audio/Video, Program/Software Komputer dan segala hasil kerja kreatif yg lain.

Hanya PEMILIK dan PEMEGANG HAKCIPTA mempunyai kuasa untuk menerbitkan, menayang, mengedar dan mengeluar semula hasil kerja tersebut.

Dan hanya PEMILIK dan PEMEGANG HAKCIPTA mempunyai kuasa untuk membenarkan pihak lain menggunakan keseluruhan atau sebahagian konsep daripada hasil kerja tersebut di dalam media yg sama ataupun media lain.

(Contoh sebahagian konsep – Watak Superman menjadi Clark Kent di dalam Smallville. Contoh media lain – Harry Porter daripada novel menjadi filem)

Untuk mendapat HAKCIPTA, kita tak perlu melalui proses tunjuk lawyer yg banyak level prosedur dan menulis paperwork seperti kelentong saya itu.

Untuk pengetahuan, HAKCIPTA boleh diperolehi secara AUTOMATIK dan tidak perlu didaftarkan.

Bagaimana?

Senang aje… sebaik sahaja karya anda itu siap, maka secara automatik anda memperolehi HAKCIPTA ke atas karya tersebut!

Contohnya, entri mengenai HAKCIPTA yg sedang anda baca sekarang ni…  setelah siap ditulis dan dipublishkan di blog ini, secara automatik ianya menjadi HAKCIPTA saya tanpa perlu saya mendaftarkannya dengan mana-mana pihak.

Dan secara automatik jugalah anda semua tidak boleh menerbit dan menggunakan artikel ini (atau sebahagian darinya) tanpa mendapat KEBENARAN daripada saya. Hohoho!

😎

Namun sekiranya anda baru bercerita dengan member kamceng, sedara mara ataupun ketua kampung mengenai IDEA anda untuk menghasilkan satu siri komik mengenai seorang remaja yg gagah, bertubuh sasa,  handal menunggang motosikal Harley Davidson terbang dan mempunyai senjata berupa sarung tangan tembaga yg bisa mengeluarkan api dari neraka, ia masih tidak boleh diHAKCIPTAkan lagi kerana ia masih sekadar satu IDEA sahaja.

Hanya idea yg telah SIAP DILAKSANAKAN SECARA FIZIKAL layak untuk mendapat hakcipta (Contoh: Novel – sudah ditaip atau dicetak)

KEASLIAN sesuatu karya juga adalah perkara yg paling penting dalam memperolehi HAKCIPTA.

Contohnya jika anda menulis satu cerita mengenai seorang remaja yg gagah, bertubuh sasa,  handal menunggang motosikal Harley Davidson terbang dan mempunyai senjata berupa sarung tangan tembaga yg bisa mengeluarkan api dari neraka… Tetapi jalan ceritanya adalah mengenai remaja tersebut (bernama Awie) yg juga seorang penyanyi rock popular mendapat tentangan keluarga aweknya (bernama Watie) untuk bercinta kerana beliau adalah seorang penyanyi – mungkin anda akan ada sedikit masalah (banyak sebenarnya..).

Jadi  pastikan karya anda itu ASLI dan ia telah SIAP DILAKSANAKAN SECARA FIZIKAL untuk memastikan anda layak mendapat hakcipta ke atas karya tersebut.

Apa kebaikan HAKCIPTA ini buat pemiliknya? Adakah dengan memegang HAKCIPTA boleh menjadi kaya?

Sekiranya karya anda itu ibarat sampah dan syok sendiri usahlah berangan untuk kaya walaupun anda memiliki sejuta HAKCIPTA sekalipun!

Sebaliknya jika karya anda itu popular dan diminati ramai, di kala itulah HAKCIPTA ini amat penting sekali!

Selain mendapat keuntungan yg masyuk dari hasil titik peluh anda itu, yg penting sekali anda dapat MENGHALANG pihak lain atau lanun cetak rompak membuat keuntungan tanpa KEBENARAN dan PERSETUJUAN anda (KEBENARAN dan PERSETUJUAN bolehlah juga dimaksudkan dengan membayar anda sejumlah wang!)

Kerana itulah juga COPYRIGHT @ HAKCIPTA ini dikategorikan bawah INTELLECTUAL PROPERTY ataupun HARTA INTELEK. Walaupun tidak berbentuk fizikal, tetapi ianya amat benilai sekali seperti harta!

Dikhabarkan di luar negara sana banyak artis atau pencipta lagu yg memajakkan lagu ciptaan mereka kepada bank untuk membuat pinjaman. Dan ianya diterima kerana pihak bank tahu akan nilai HAKCIPTA tersebut.

😎

Sebagai pengkarya anda mungkin memegang HAKCIPTA karya anda dan mempunyai hak untuk tidak membenarkan pihak lain menyiar atau menggunakan hasil karya tersebut.

Seperti juga hak-hak yg lain, ia ada juga batasannya…

Tahukah anda pihak lain juga boleh menyiar atau menggunakan hasil karya anda tanpa kebenaran? Dan yg peliknya anda tak mungkin boleh menyaman mereka?!

😮

Perkara yg diberi tajuk ‘FAIR USE’ ini boleh dibaca di bahagian 2 artikel ini – HakCipta @ Copyright – ‘FAIR USE’ >>>

Pendapat anda? Sila berikan pandangan, soalan dan komen bernas anda di bawah.

Komen dan Pendapat Anda?

23 thoughts on “HakCipta @ Copyright – Pengenalan

  1. Betul ubi, aku ada mber yg jadi pensyarah kat uum mengajar tentang IP dan Cyberlaw. Dia pun ckp benda yg sama, mmg copyright sbnrnya automatik. Walaupun kat M’sia ni sebenarnya kita x guna ‘c’ (copyright) sebab ada perjanjian ke apa ntah (aku pun dah lupa, sebab agak terpening dgr dia xplain), tapi logo ‘c’ tu kira dah cukup syarat utk memberitahu pada org yg harta tu sudah berpunya. Jgn nak ciplak la maksudnya. Aku banyak mintak nasihat dari dia dan dia ni dah pun menghasilkan buku mengenai undang2 IP ni dalam B.Melayu, dan diterbitkan oleh dewan bahasa (dia ckp susah nak cari buku2 law dlm b.melayu). Nanti aku try tanya pasal buku tu sbb bagus dibeli utk rujukan kita (bukan nak promot k) Sebab tu skrg aku lebih confident nak saman org2 yg guna ‘harta’ aku tanpa kebenaran.

    1. yupp! betul tu… mmg susah nk carik buku law melayu. Yg omputih plak mahal nk mampus.

      Bab © tu akan diceritakan dlm bab 3 tu nnti. :)

  2. Bro… dalam kes bro ujang ngan MOY tu plak camner? Kalau hakcipta tu adalah automatik, bagaimana majalah ujang yang dulunya bawah Kharisma publication kini dibawah MOY? Boleh explain sikit tak? Saya percaya ramai yang nak tahu tenatng hakcipta ni kerana harta intelek ni merupakan kerja sekali, pendapatan berkali-kali. :-)

  3. err…bro..
    selain automatik copyright..xder ker cara lain yang secara manual..

    dulu ada tgk iklan yang cakap kena register produk gak..
    Maksudnya kalau kita dah buat manuskrip asal,kita cuma simpan dalam komputer atau cuma kita jer yang tau..
    nak kener register katner..
    :)

    1. Salam,

      Sila baca semua bahagian artikel (bah 1-4) mengenai Hakcipta ini sehingga habis. Jawapan kepada soalan di atas ada di sana 😉

    1. Terima kasih :)
      Silakan. Sharing is caring. Cuma kalau copy utk blog, jangan lupa berikan kredit pada blog dan penulis asal ye 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *