Aku Masih Tetap Setia Pada Yang Lama…

Oh maaf…

Ribuan ampun dan maaf seandainya ada yang tersalah sangka dan kecewa.

Walaupun bunyi tajuknya mempunyai unsur jiwang, artikel ini sama sekali bukan berunsur cintan atau karat seperti yang disangka.

Ini hanya sebuah cerita perkongsian tentang peralatan dan gajet yang saya gunakan untuk berkarya.

Jika masih geram atau tidak berpuashati, silalah capai mana-mana novel yang mempunyai perkataan ‘cinta’ atau ‘love’ di covernya atau boleh juga onkan peti tv dan tunggu slot drama melayu, korea ataupun latin yang mampu memenuhi citarasamu itu.

😉

Sepertimana semua pelukis amatur dan profesional di seluruh dunia, saya bermula dengan sehelai kertas, sebatang pensil dan secebis imaginasi.

Dari peralatan asas tersebut saya membentuk kreativiti dan kemahiran melukis.

Continue reading

Kontrol Macho kat Berita Harian pulak!

Salam 1 pagi ya kawan-kawan semua! (bestlah korang yang tengah membuta sekarang ni!)

Maaf kerana sudah lama tak mengupdate blog. Rasa-rasanya dah beratus kali saya memohon ampun atas alasan ini. Andai kata kesalahan sebegini memungkinkan saya dipenjara, pasti warden penjara tersebut bakal menjadi member kamceng saya kerana kekerapan saya selalu keluar masuk ke institusi tersebut! (harap-harapnya warden tersebut ada adik yang masih single dan seiras dengan Lisa Surihani…)

Sebenarnya saya dalam keadaan yang sangat tidak terurus sekali sekarang ini kerana banyak tugasan yang perlu dilaksanakan. Kadang-kadang sehingga terpaksa mengorbankan masa tidur dan deting yang berharga itu.

Pernah terjadi satu adegan panas di mana saya terlupa menjemur baju dan meninggalkan mereka keseorangan di dalam mesin basuh selepas 2 hari dibasuh. Di saat tersedar, terus terfikir alangkah indahnya hidup ini sekiranya ada ‘pembantu’ yang boleh meringankan beban saya melaksanakan kerja-kerja remeh tersebut.

Mungkin dengan kehadiran ‘pembantu’ tersebut yang pastinya seiras Lisa Surihani membolehkan saya untuk berkarya dan bekerja dengan lebih gigih lagi . Yang nyata, saya pasti akan tidur lebih awal setiap malam dan akan bangun tersenyum riang setiap pagi! Oh… 😉

Sebelum terlajak kata dan tersesat lebih jauh lagi, baiklah kita kembali semula ke pangkal jalan. Berbalik pada cerita asal, berikut adalah transkrip daripada sesi temuramah saya untuk Berita Harian yang diterbitkan pada awal Februari lalu.

Sengaja saya tempekkan temuramah ni untuk tatapan anda semua. Selain untuk memberi peluang kepada mereka yang terlepas membacanya, ia juga bertindak sebagai kesinambungan aksi riak saya lepas masuk MHI hari tu. 😈

Akhir kata, ucapan terima kasih buat Cik Diyanah Anuar kerana sudi menemuramah saya dan menulis artikel ini. Jika ada jodoh, janganlah segan silu untuk menemuramah saya lagi di masa akan datang. Semoga dengan lebih banyak temuramah  yang tersiar, maka semakin banyak lagi peluang saya untuk lebih riak lagi di masa depan!

Selamat membaca dan mengeja! Tata!! (sambil tangan melambai ayu…) 😀

Continue reading

Ni Thundercats palsu ke tipu?

Sabtu lepas saya membazirkan masa emas saya dengan menonton X-Men Origins di panggung GSC Pavillion.

Beberapa bulan lepas kecoh pasal salinan movie ni boleh terlepas kat internet. FBI skang ni tengah sibuk memburu orang dalam yg disyaki membuat dajal tersebut. Harap-harap takdeler geng Petaling Street yg terlibat! 😛

Pada saya, disyorkan agar anda menonton movie ni kat wayang walaupun anda dah download cerita ni dari internet. Ini kerana cerita ini memang amat baik dan puas ditonton melalui skrin perak.

Nampaknya trend mengadaptasi cerita kartun dan komik kepada medium filem semakin berleluasa sekarang ni. Elokler camtu… Sekurang-kurangnya orang-orang yg tak minat dan tak pernah baca medium komik ni, akan tau mengenai sesuatu karya komik tersebut.

Continue reading

Kartun Budak Hostel Siri Pertama Di Majalah Ujang

Saya mula melukis kartun sepenuh masa di Majalah Ujang pada 1994. Umur masa tu 18 nak masuk 19. Tak pernah masuk disko dan masih lagi teruna.

Mula-mulanya saya hanya buat kartun semuka Lawak Antarabangsa. Selepas berbulan-bulan didera dan mahir membuat kartun semuka, saya diberi peluang untuk buat cerita panjang pulak.

Dan dari peluang tersebut, maka lahirlah siri ‘BUDAK HOSTEL’

Continue reading

Rejabhad – Penghulu Kartun Malaysia

Setiap orang ada idolanya yg tersendiri.

Begitu juga dengan saya dalam dunia kartun dan komik ini.

Salah seorangnya adalah kartunis legenda, Allahyarham Rejabhad yg juga digelar sebagai ‘Raja Kartun Malaysia’ atau ‘Penghulu Kartun Malaysia’.

Tanyalah pada semua kartunis di Malaysia – baik yg sudah lama ataupun baru, profesional maupun amatur semuanya pasti tahu dan mengenali beliau!

Saya mula mengenal Rejabhad sejak dari kecil lagi melalui Majalah Gila-Gila yg selalu dibeli oleh mak saya yg juga merupakan peminat setia karya beliau.

Menurut mak saya, dia membeli majalah Gila-Gila sejak dari keluaran pertama lagi dan melanggan setiap keluaran kerana tidak mau terlepas mengikuti siri ‘Periwira Mat Gila’ karya allahyarham.

Continue reading

Suatu Ketika di Zaman Jahiliah II – Majalah Ujang


“sila perdengarkan sambil membaca post ini untuk feeling yang nostalgia”

Berikut adalah beberapa lagi gambar dan cerita kenangan saya di Majalah Ujang di suatu ketika dahulu…


Beberapa lagi gambar bersama pelawat di opis Majalah Ujang yg kebanyakannya terdiri daripada pelajar sekolah dan universiti.

 


Gambar kenangan bersama Phoebe, pengacara Kelab Disney TV3 semasa kami sama-sama terlibat menjayakan rakaman rancangan tersebut… oh!

Continue reading

Suatu Ketika di Zaman Jahiliah – Majalah Ujang

Untuk entri kali ni, saya nak berkongsi dengan anda beberapa kenangan silam di zaman jahiliah sewaktu saya bersama dengan Majalah Ujang.

Cuma takde idea dan malas nak tulis banyak-banyak.

So, let the pictures tell the stories…

*Maaf sekiranya ada beberapa gambar di bawah ini kabur atau rendah kualitinya. Untuk makluman, kesemua gambar ini diambil menggunakan kamera analog zaman dahulu dan telah lama diperap di dalam album – Penulis merangkap tuan punya album gambar.


1994 – Mula bekerja full time di Majalah Ujang. Semangat masih membara untuk berkartun dan berkarya. Meja saya sebelah dengan Sukun. Kat dinding tu boleh nampak carta dateline dan target…

 


Karya saya di Ujang bermula dengan Lawak Antarabangsa dan diikuti Budak Hostel. Kerana baru habis sekolah dan dah jauh dari mak bapak, saya mula simpan rambut panjang supaya nampak lebih cool dan metallica konon! (pengaruh rakan-rakan kartunis terutamanya Gayour).

 


Dari kiri: Gayour, Edel Yusof (ilustrator Usop Sontorian), Ubi (yg mencangkung), Kobis Bunga, Petai, Linda (typesetter), Jering dan Sukun.

Continue reading