Update Bomoh vs Hantu (1.0.1) dan…

Update game Bomoh vs Hantu untuk Android (version 1.0.1) sudah disiapkan pada hari Ahad lepas. Kami sudah membuang iklan banner di bahagian bawah skrin yang kelihatan besar – mengganggu gameplay (untuk sesetengah model telefon) dan diganti dengan iklan POP-UP YANG AKAN KELUAR PADA SETIAP KALI GAME OVER.

Nasihat kami – pada setiap kali game over, tunggu sebentar dan biarkan iklan keluar dahulu. Tutup iklan (atau boleh klik jika berminat dengan tawaran yang dipaparkan) dan boleh sambung semula permainan.

Continue reading

Aktiviti Kartunis Terlampau 2009 – Bahagian 2

Nota: Ini adalah bahagian terakhir sambungan daripada:

JULAI 2009

Bulan ini menyaksikan saya asyik mengadap lapangan terbang kerana sibuk menerbangkan diri ke serata Malaya demi menjayakan worksyop untuk program Mobile Content Challenge 2009 anjuran Maxis dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia).

Sebagai partner, saya diberi peranan sebagai salah seorang speaker di setiap worksyop program ini. Workyop yang diadakan di 6 buah negeri ini bertujuan untuk memberi  penerangan dan pendedahan kepada para peserta tentang objektif serta halatuju program ini.

Di setiap worksyop yang diadakan, saya telah berkongsi segala pengalaman saya sebagai pencipta kandungan/content provider untuk telefon mudah alih di Malaysia. Mungkin dengan perkongsian tersebut mampu memberi inspirasi dan semangat kepada pelajar-pelajar universiti untuk menceburi bidang ini sebagai usahawan tekno (teknopreneur).

Continue reading

Berita! Pengumuman! (takde kena mengena ngan pose…)

Pengumuman buat semua student IPT yg berminat nak submit idea anda (yg kononnya best tu) ke Mobile Content Challenge 2009

Adalah dimaklumkan, atas permintaan ramai student IPT yg kononnya sibuk dengan exam dan macam-macam alasan lagi… maka tarikh akhir bagi menghantar proposal anda telah DILANJUTKAN ke 7 September 2009.

Adalah dengan tarikh baru ini diharapkan para peserta yg berminat akan mempunyai lebih masa lagi untuk berdating, menonton astro, tidur, menyiapkan dan memantapkan lagi kertas cadangan mereka.

Untuk mengsubmit idea anda, silalah ke laman web rasmi Mobile Content Challenge 2009 >>>

Diharapkan mereka yg disebutkan di atas dapat mengambil peluang keemasan ini!

Akhir kata, Selamat Berpuasa dan semoga sukses dengan idea anda yg kononnya best tu!

Selamat Tinggal Aku Dia & Volkswagen…

Salam buat semua pembaca dan pengunjung setia blog ini…

Maaf kerana sudah lama tak menulis. Banyak sebenarnya yg hendak diceritakan. Cuma saya terlampau sibuk untuk mengarang ayat-ayat power untuk anda kerana terbang ke serata Semenanjung untuk menjayakan workshop Mobile Content Challenge 2009 anjuran bersama Maxis Communications Berhad, Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan (MICC) serta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).

Masih ada 2 lagi workshop yg menanti di Sabah dan Sarawak pada 10 dan 12 Ogos ini. Sementara itu, adalah sedikit masa senggang untuk saya menyiapkan beberapa kerja yg terbengkalai dan menulis cerita-cerita tertangguh di sini.

Apa kata kita mulakan cerita tertangguh ni dengan mengenang kembali perjalanan jualan mug Edisi Terhad Aku Dia & Volkswagen yg berlangsung sekitar awal Jun yg lalu…

Pada pagi Ahad 21 Jun yg lalu, secara rasminya saya telah meletakkan jawatan sebagai Saudagar Mug separuh masa….

Ini adalah kerana kesemua 300 set mug Edisi Terhad Aku Dia & Volkswagen telahpun habis dipinang orang :cool:. Alhamdulillah, sambutan yg diberi adalah amat menggalakkan. Kepada mereka yg telah sudi menyengkekkan diri semata-mata untuk membeli mug tersebut, ribuan terima kasih diucapkan atas sokongan anda. Saya percaya anda pasti akan berpuas hati dan gembira dengan produk tersebut. Gua caya lu beb!! 😀

Sebenarnya ini adalah kali pertama saya cuba menjual produk kartun sendiri melalui internet. Walaupun sebelum ini saya pernah menjual Kad Raya Kartun Digital, namun pengalaman menjual produk fizikal adalah jauh berbeza dengan produk digital..

Banyak perkara yg saya pelajari dan perolehi sepanjang dua minggu bergelar Saudagar Mug separuh masa di internet ni. Tak kurang juga pengalaman berdepan dengan beberapa masalah yg tidak pernah dijangka sebelum ini…

Continue reading

Tengganu Dah Setel… Ni Turn KL Pulak!

Pada hari ni saya sedikit letih kerana baru saja pulang dari Kuala Terengganu kerana menjayakan workshop untuk program Mobile Content Challenge 2009.

Workshop yg diadakan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang halatuju dan objektif pertandingan ini.

Paling best sekali, setiap peserta akan didedahkan dengan pelbagai maklumat dan tips-tips yg dapat membantu mereka untuk memenangi  cabaran MCC  2009 ini, seterusnya menggondol hadiah wang berjumlah RM100,000 tunaiii!!

Buat anda yg berada di LEMBAH KLANG dan berminat untuk menyertai pertandingan yg berprestij ini serta mendengar tips-tips hebat dari speaker-speaker yg berpengalaman dalam industri, bolehlah hadirkan diri di workshop 30 Julai 2009 ini di Sime Darby Convention Center (untuk lokasi peta, sila tanya Lebai Google anda).

Selain itu, anda juga berpeluang untuk beramah mesra, sesi autograf dan bergambar dengan saya pada petang harinya.

Berikut adalah jadual workshop lain yg bakal diadakan:

Untuk pendaftaran, sila isikan maklumat anda di MCC Workshop Registration Form >>>

Diharap anda yg berada di LEMBAH KLANG tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk menghadiri workshop yg padat dengan maklumat tentang pasaran dan harapan industri mobile content di Malaysia ini.

Sapa tau, mungkin sebahagian dari RM100,000 wang hadiah tu bakal menjadi milik anda! Tuah ayam nampak di kaki… tuah anda mungkin nampak di handphone! 😎

Jom jumpa saya kat Penang pulak!

Khas buat anda yg berada di Pulau Pinang…

Jom temui saya dan beberapa speaker lagi di Cititel Pulau Pinang pada hari Khamis 23 Julai 2009 ini, untuk menghadiri worksyop Mobile Content Challenge 2009 anjuran bersama Maxis Communications Berhad, Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan (MICC) serta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM).

Masuk adalah PERCUMA!

Selain dapat berjumpa dan beramah mesra dengan saya, ini adalah satu PELUANG untuk anda mendapat maklumat lebih terperinci mengenai pembangunan content untuk mobile phone dari mereka yg berpengalaman dalam bidang ini… samada dari sudut teknikal, pemasaran, kewangan dan lain-lain lagi!

Selain itu, pelbagai HADIAH/FREEBIES menarik menanti buat mereka yg hadir ke worksyop tersebut. Makan FREE kat hotel adalah ditanggung beres!! 😛

Pada anda yg berminat untuk menyertai workshop di Pulau Pinang pada hari KHAMIS ini, sila daftarkan nama anda selewat-lewatnya esok (Rabu 22 Julai 2009) di laman web: http://www.mobilecontentchallenge.com/reg_workshop.php

Siapa tau, mungkin sebahagian dari RM100,000 wang hadiah tu bakal menjadi milik anda! Tuah ayam nampak di kaki… tuah anda mungkin nampak di handphone!

Lagipun, mungkin inilah juga satu-satunya peluang untuk ‘mengepow’ semula duit anda yg telah banyak  dileburkan semata-mata untuk membeli top-up daripada Maxis! 😎

Jom Jumpa Saya di JB Isnin ni!

Pada anda yg masih menuntut di IPTA ataupun IPTS, inilah peluang anda untuk menunjukkan kreativiti dan keterelan anda bersama rakan-rakan dalam mencipta kandungan/aplikasi mobile phone di dalam Mobile Content Challenge 2009!

Program yg telah masuk tahun ketiga ini adalah anjuran bersama Maxis Communications Berhad, Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan (MICC) serta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM).

Mobile Content Challenge ini terbuka untuk semua pelajar institusi pengajian di seluruh Malaysia untuk membuat penyelidikan dan menggunakan segala teknologi terkini untuk membangunkan apa sahaja isi kandungan yg boleh memberi manfaat pengguna telefon bimbit.

Yang bestnya, anda berpeluang memenangi wang tunai berjumlah RM100,000 tunaiii!!!

Continue reading