Ubi Missing In Action?


(Sekadar gambar hiasan. Tiada kaitan dengan cerita sebenar maupun cerita tipu.)

Salam buat semua pembaca dan pelawat sekalian,

Jika anda salah seorang daripada mereka yang cuba mencari dan menghubungi saya untuk tujuan kerja, berpoya-poya ataupun untuk mengajak berdating; ini adalah masa yang tidak berapa bagus untuk tujuan tersebut. Untuk makluman, saya kini berada di di Hong Kong sejak hari Jumaat yang lalu dan akan tinggal di sana dalam tempoh 2 minggu kerana ada urusan kerja yang perlu diselesaikan.

Maaf sekiranya saya lambat memberi respon pada email kerana kesukaran untuk online ketika berada di sana. Insyaallah saya akan cuba sedaya upaya untuk membalas email anda secepat mungkin sekiranya keadaan mengizinkan. đŸ˜‰

Akhir kata, semoga anda semua akan tetap setia menanti kepulangan saya nanti. Jika makan belacan dan tempoyak janganlah lupakan saya yang susah nak makan apa-apa pun di sini.

p.s – Buat masa ini masih belum lagi terjumpa Jackie Chan atau Stephen Chow makan kuetiow goreng di mana-mana gerai berdekatan…

Komen dan Pendapat Anda?

3 thoughts on “Ubi Missing In Action?

  1. Ubi….
    Lin dah kesuntukan mase utk bt bunting wedding lin…
    Lin perlukan lukisan ubi secepat mungkin… plz… huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *