Update Bomoh vs Hantu (1.0.1) dan…

Update game Bomoh vs Hantu untuk Android (version 1.0.1) sudah disiapkan pada hari Ahad lepas. Kami sudah membuang iklan banner di bahagian bawah skrin yang kelihatan besar – mengganggu gameplay (untuk sesetengah model telefon) dan diganti dengan iklan POP-UP YANG AKAN KELUAR PADA SETIAP KALI GAME OVER.

Nasihat kami – pada setiap kali game over, tunggu sebentar dan biarkan iklan keluar dahulu. Tutup iklan (atau boleh klik jika berminat dengan tawaran yang dipaparkan) dan boleh sambung semula permainan.

Anda juga boleh naiktaraf untuk membuang iklan terus bagi pengalaman penuh permainan. Sokongan anda dapat membantu kami mengumpul dana untuk pembangunan lebih banyak lagi game lain di masa akan datang.

Maaf kerana tidak dapat membuang terus kesemua iklan. Untuk makluman, kos pembangunan sesebuah game adalah SANGAT MAHAL sekali. Ramai profesional terlibat (programmer, muzik, hardware, lesen developer, design dan animasi) yang perlu dibayar. Mujurlah kos design dapat dikurangkan kerana saya yang terlibat.

Kami bukanlah syarikat besar, bukan juga syarikat kroni yang mendapat geran jutaan ringgit dan juga bukan anak orang kaya. Kesemua modal untuk pembangunan game keluar dari poket saya sendiri (yang sememangnya sengkek ini). Jadi dengan adanya iklan daripada penaja, dapatlah beban tersebut dikurangkan sedikit.

Apapun, sokongan daripada semua buat masa ini adalah sangat positif sekali. Gembira juga melihat rakyat Malaysia bangga menyokong produk anak Malaysia yang lain. :)

Review dan komen daripada pemain luar negara juga tak kurang hebatnya (hanya boleh dibaca admin atau sekiranya anda melayari AppStore/GooglePlay daripada sana). Mereka (terutama dari Eropah) rupanya suka dan berminat untuk lebih tahu dengan watak-watak hantu Melayu. Ramai juga yang suka dengan lagu Ulik Mayang. Catchy katanya.

Ini satu perkembangan yang positif. Sekurang-kurangnya objektif utama pembangunan game ini – untuk memperkenalkan budaya Melayu ke peringkat antarabangsa sudah tercapai sedikit. Pelan-pelan kayuh akhirnya sampai juga… 😎

Segala komen* yang membina daripada semua amat kami hargai. Kami mendengar semua permintaan dan pandangan anda (macam bahasa ahli politik je…). Ini adalah produk sulung kami yang masih mentah ini. Pastinya ada kelemahan dan cacatnya. Studio Rovio juga banyak mencuba dan mengeluarkan game lain sebelum terbitnya Angry Bird. Yang penting berani mengambil langkah pertama dan terus bertahan.

Kami juga sedang dalam proses untuk major update (IOS dan Android) yang akan keluar sebelum Tahun Baru Cina nanti. Ada beberapa perubahan dalam gameplay dan tambahan watak bomoh serta hantu baru menanti.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi membaca post yang panjang ini dan bermain Bomoh vs Hantu. Sokongan dan komen* membina anda semua amat-amat kami hargai.

Ubi

*besar bezanya antara KOMEN dan KONDEM tu…

Komen dan Pendapat Anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *